KDDI Malaysia Sdn Bhd (“Syarikat”), yang bertempat di Tingkat 1-28-6, L28 Menara Bangkok Bank No.105, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur mengakui kepentingan melindungi data peribadi (“Data Peribadi”) individu daripada sebarang salah guna. Dasar Perlindungan Data dan Privasi ini (“Dasar”) menyatakan peraturan dan garis panduan Syarikat yang berkaitan dengan pengumpulan, pendedahan, pemprosesan, penggunaan dan perlindungan Data Peribadi individu oleh Syarikat, dengan mematuhi undang-undang dan peraturan yang terpakai.
Jika seseorang individu, pada bila-bila masa, mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas yang berkaitan dengan Dasar Syarikat atau pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan perlindungan Data Peribadi mereka oleh Syarikat, sila hubungi Pihak Pengurusan Syarikat, En. Masaki Matsuura (“DPO”) pada alamat e-mel dpo@kddi.com.my